Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pemasangan, pengendalian, penyelenggaraan dan baik pulih bidang penyejukan dan penyamanan udara. Selain itu, kepakaran dalam pengendalian bahan pendingin, pemasangan kipas pengudaraan, pemasangan unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaik pulih kerosakan mengikut prosedur yang betul amat diutamakan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025. Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana-mana mata pelajaran berikut:

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1119 BAHASA INGGERIS
1449 MATEMATIK
1511 SAINS
3755 PERDAGANGAN
1223 PENDIDIKAN ISLAM
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL
3763 REKA CIPTA
1225 PENDIDIKAN MORAL
3759 LUKISAN KEJURUTERAAN
7108 MENSERVIS PERALATAN PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA
3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
8831 LUKISAN GEOMETRI & PENYAMANAN UDARA

Atau

4.2 Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; atau Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang

Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) [F432-007-3:2020]


Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temu Duga
5.1 Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
1. Hadir dan Lulus Temu Duga

Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Mekanikal
Juruteknik Makmal
Juruteknik Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
Pereka Bentuk Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
Penyelia Tapak
Penyenggara Mekanik
Penolong Jurutera

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
Alamat
KM 6, JALAN AYER PUTEH, BINJAI
24000 KEMAMAN, TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
MOHD SHAHROL HAFIZ BIN KAMARUDDIN
Telefon
09-8593178
Emel
tha2002@moe.edu.my
Laman Web
https://kvkemaman.moe.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-
;