
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Ujian Ultrasonik (UT) adalah salah satu kaedah ujian tanpa musnah (NDT) yang digunakan untuk mengesan kecacatan di dalam bahan atau kimpalan dengan menggunakan probe mampatan dan ricih (compression and shear probe) . Kaedah Ujian Ultrasonik menggunakan gelombang akustik yang mempunyai keupayaan untuk merebak melalui bahan dan dipantulkan pada sempadannya. Ia menggunakan set ujian ultrasonik dan pelbagai probe. Kaedah ini adalah salah satu kaedah volumetrik (boleh menguji isipadu bahan penuh). Ia tergolong dalam kumpulan kaedah NDT konvensional.
Untuk melaksanakan kaedah ini individu tersebut mestilah berkelayakan dan diperakui. Ini boleh dicapai hanya berdasarkan latihan dan peperiksaan yang didokumenkan.
Semasa kursus calon akan mendapat pemahaman yang komprehensif tentang Ujian Ultrasonik yang akan membolehkan mereka melaksanakan kaedah ini dengan cekap. Ini akan dicapai melalui kedua-dua sesi pembelajaran iaitu sesi pelajaran teori yang tertumpu pada aspek aplikasi praktikal UT dan latihan praktikal pada spesimen ujian, dengan penekanan pada tafsiran petunjuk kecacatan.