Kursus TVET

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK PENDAWAIAN TIGA FASA

SMET03

ADTEC JTM KAMPUS PASIR GUDANG (ILP PASIR GUDANG) , JOHOR

Pengenalan Kursus

Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini adalah dua tahun. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun (dari Semester 1 hingga Semester 4) dan pelajar perlu menjalani Latihan Industri dengan kontaktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selama enam bulan pada Semester 3. Pelajar akan dilatih berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan lepasan Kursus Sijil Teknologi Elektrik ini mempunyai peluang untuk bekerja sebagai Pendawai Elektrik dan Juruteknik Elektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan di sektor awam atau swasta. Selepas berpengalaman bekerja dalam bidang elektrik, graduan juga berpeluang untuk membuka premis perniagaan sendiri. Graduan juga berpeluang untuk menjadi juru perunding dalam bidang ini.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Wajib
Calon mestilah

1. LULUS

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2.

LULUS Matematik / Matematik Tambahan

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK
3472 MATEMATIK TAMBAHAN

3.

LULUS Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Subjek Teknikal berikut:

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
4561 SAINS TAMBAHAN
4531 FIZIK
4541 KIMIA
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
7104 PENDAWAIAN DOMESTIK
7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS PASIR GUDANG (ILP PASIR GUDANG)
Alamat
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
(ILP) PASIR GUDANG, JALAN GANGSA, PASIR GUDANG,
JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
WAN ZAINAH BINTI WAN ISMAIL
Telefon
07-2544170/4171
Emel
p.ilppg@mohr.gov.my
Laman Web
www.ilppg.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- PERCUMA Yuran Pengajian
- PERCUMA Penginapan
- PERCUMA Makan & Minum
- Wang Saku RM100/bulan
- Elaun Praktikal RM300/bulan
- Elaun OKU RM300/bulan
- Persijilan diiktiraf JPK
- Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
- Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;