Kursus TVET

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK PENDAWAIAN TIGA FASA

SMET03

ADTEC JTM KAMPUS IPOH (ILP IPOH) , PERAK

Pengenalan Kursus

Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) ditawarkan akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Industri, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Sistem Penyaman Udara Domestik, Pengujian dan Pengukuran serta Asas kepada Programmable Logic Controller (PLC). Pelajar juga diwajibkan mengikuti Latihan Industri di syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Program ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa atau juruteknik elektrik di sektor awam atau swasta. Peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW6 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah sekatan A0 atau A1.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Wajib
Calon mestilah

1. LULUS

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2.

LULUS Matematik / Matematik Tambahan

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK
3472 MATEMATIK TAMBAHAN

3.

LULUS Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Subjek Teknikal berikut:

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
4561 SAINS TAMBAHAN
4531 FIZIK
4541 KIMIA
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
7104 PENDAWAIAN DOMESTIK
7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS IPOH (ILP IPOH)
Alamat
KAW. PERINDUSTRIAN TAMAN MERU
30020 IPOH, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
Nabilah Binti Mohamed
Telefon
05 5277777
Emel
ilpipoh@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilpipoh.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;