Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK

DEME34

ADTEC JTM KAMPUS TAIPING (ADTEC TAIPING) , PERAK

Pengenalan Kursus

Kursus Ini adalah gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi
dan penggunaan robot yang meluas.
Objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektrohidraulik, pneumatik dan elektropneumatik, sistem elektrik & elektronik, sistem automasi dan sistem robotik.
Pelajar juga akan dilatih agar boleh mereka bentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] Atau

Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau

Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau

Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3]

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS TAIPING (ADTEC TAIPING)
Alamat
PT 15643 KAMUNTING RAYA
MUKIM ASSAM KUMBANG, KAMUNTING
34600 TAIPING, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
Syarina binti Sharuddin
Telefon
05-8012586
Emel
kemasukan@adtectaiping.gov.my
Laman Web
www.adtectaiping.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;