Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (DKM TAHAP 4)

DMPU34

ADTEC JTM KAMPUS KEPALA BATAS (ILP KEPALA BATAS) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separuh mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 40% teori dan 60% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek seperti Penentuan jenis Penyaman udara bagi bangunan, Rekabentuk Sistem Pemaipan dan Ducting, Dokumentasi Tender HVAC, Proses Rancangan dan Pemantauan HVAC, Pengiraan Kos Projek HVAC, Projek Tahun Akhir dan sebagainya

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) menyediakan prospek kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan di sektor Awam atau Swasta atau menjalankan perniagaan sebagai Penyedia Perkhidmatan untuk memasang / menyelenggara /membekalkan unit penyaman udara. Selain peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta. Jika tidak, mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

· Juruteknik Pemasangan/Servis AC
· Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
· Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi
· Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
· Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor
· Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) [F432-007-3:2020] Atau

Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012] Atau

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Domestik [C-010-3] Atau

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Kormersil [C-040-3]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KEPALA BATAS (ILP KEPALA BATAS)
Alamat
LOT 2022, JALAN POKOK JENERIH
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ROHAYA BINTI JAAFAR
Telefon
04-5776100
Emel
bppl.ilpkbpp@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpkbpp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;