Kursus TVET

SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK

SEME03

ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALU (ILP KOTA KINABALU) , SABAH

Pengenalan Kursus

Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan sistem hidraulik/elektro-hidraulik, pneumatik/elektro-pneumatik, programmable logic controller (plc), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan reka bentuk automasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang teknologi mekatronik menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang berdaya saing dan menjanjikan. Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan permintaan yang semakin meningkat untuk sistem automasi dan robotik, graduan dalam bidang ini mempunyai peluang untuk bekerja dalam pelbagai sektor industri, dari pengeluaran, perubatan, hinggalah penyelidikan dan pembangunan teknologi. Antara prospek kerjaya yang boleh diterokai selepas tamat pengajian adalah :-
1. Penolong Jurutera Robotik
2. Juruteknik Sistem Automasi
3. Pereka bentuk Produk
4. Jururunding Teknologi
5. Penyelidik dan Pembangun Teknologi
6. Pembantu Pengurus Operasi dan Pengeluaran
7. Serta lain – lain
Oleh itu, bagi mereka yang berminat dalam gabungan mekanikal, elektronik, dan komputer, teknologi mekatronik adalah bidang yang sangat relevan dan mempunyai prospek kerjaya yang sangat cerah. Selain itu, dengan kemunculan Industri 4.0, graduan boleh menemui peluang dalam sektor yang memberi tumpuan kepada integrasi AI, pembuatan pintar, IoT (Internet of Things), dan teknologi mampan. Fleksibiliti dan kepakaran luas yang ditawarkan oleh teknologi mekatronik menjadikan graduan sangat kompetitif dalam pasaran kerja yang sedang berkembang pesat.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Pilihan 1
Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALU (ILP KOTA KINABALU)
Alamat
ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu, Jalan 3 KKIP Selatan
Negeri
SABAH
Penyelaras
SHABANDI BIN MD SARIP
Telefon
088499825
Emel
p.ilpkk@mohr.gov.my
Laman Web
www.ilpkk.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;