Kursus TVET

JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

K09005

KOLEJ KEDA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Struktur kurikulum Teknologi Elektrik dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri tempatan.Peluang pekerjaan untuk graduan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal kursusnya pendawaian elektrik. Aspek latihan dalam bidang elektrik meliputi semua aspek latihan sama ada hands-on, bagi melengkapkan graduan yang berkemahiran tinggi. Modul yang dibangunkan adalah menepati permintaan pasaran industri dengan meliputi aspek Lukisan elektrik , Jenis Pendawaian, Penambaik pulih pendawaian elektrik , pemasangan dan penyelenggaraan kawalan motor satu & tiga Fasa , Penyelenggaraan peralatan elektrik , pengujian dan penyeliaan . Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam aspek keselamatan , pengetahuan teknikal dan lain-lain termasuk lah berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian termasuk bekerja dengan alat-alat terkini . Pelajar juga akan diberi pendedahan industri/latihan industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Assistant Electrical Engineer 2. Pengajar Vokasional 3.Usahawan Elektrik

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik :
Lepasan SPM / Tamat Tingkatan 5
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil SKM Tahap 2 bidang berkaitan

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau

Juruteknik Elektrik [C-051-2]

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
17 - 25 Tahun
Syarat Wajib
Calon mestilah berumur seperti berikut :

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 25

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Calon mesti Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon mesti bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Calon memenuhi syarat berikut:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEDA
Alamat
RIMBA TAQWA, PERANGIN, 08200 SIK, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
AHMAD BIN ABDUL LATEH
Telefon
04-7205430
Emel
kolejkeda@keda.gov.my
Laman Web
www.kolejkeda.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini juga melibatkan modul Pendawai (Wireman)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;