Kursus TVET

PENGIKLANAN DIGITAL [PENGKHUSUSAN]

GDA0301

GIATMARA Kota Raja , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus Pengiklanan Digital (Grafik) memberi tumpuan kepada penghasilan bahan visual yang kreatif dan berkesan untuk digunakan dalam kempen pengiklanan atas talian. Pelajar akan meneroka gabungan antara reka bentuk grafik dan strategi pemasaran digital, dengan matlamat untuk mencipta iklan visual yang mampu menarik perhatian serta mendorong tindakan pengguna.

Kursus ini memperkenalkan penggunaan perisian reka bentuk seperti Adobe Photoshop, Illustrator, Canva, dan juga pemahaman tentang psikologi warna, tipografi, dan susun atur dalam konteks pengiklanan digital. Selain itu, pelajar akan belajar menyesuaikan grafik untuk pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, YouTube, TikTok, dan Google Display Network.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Pereka Grafik Digital – Hasilkan visual untuk iklan online.
Pereka Kandungan Media Sosial – Cipta grafik untuk Instagram, TikTok & Facebook.
Eksekutif Pemasaran Digital – Rancang kempen dan bahan promosi digital.
Pereka Iklan – Reka iklan untuk Google Ads, Meta Ads, dll.
Pereka Bebas (Freelancer) – Ambil projek reka bentuk secara bebas

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KRITERIA ASAS
Syarat-syarat AM
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Umur Calon
Syarat Wajib
Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70

DAN
03
Kriteria Utama
PENDIDIKAN
Tahap pendidikan
Syarat Wajib
Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
BUMIPUTERA
Bumiputera sahaja
Syarat Wajib
Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
06
Kriteria Utama
KELAYAKAN BIDANG KEMAHIRAN
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia terdahulu dalam bidang
Syarat Pilihan 1
Memiliki sijil kemahiran Malaysia dalam bidang yang di mohon

Rekabentuk Grafik (Digital) [IT-058-3:2014]

ATAU
Syarat Pilihan 2
Mempunyai minimum satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
1. Satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
2. Lepasan pelatih GIATMARA yang memiliki sijil Profesional GIATMARA bidang berkaitan serta mendapat sokongan penuh daripada Pengurus GIATMARA.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Kota Raja
Alamat
NO. 41, & 43, JALAN KOTA RAJA L/27L, HICOM TOWN CENTRE,
SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Ts. MOHD NORDIN BIN SALLEH
Telefon
03-51034223
Emel
gmkotaraja@giatmara.edu.my
Laman Web
www.fb.com/gmkotaraja

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENSIJILAN
• Sijil Professional GIATMARA
TEMPOH LATIHAN
• 3 Bulan
PENGAMBILAN KEMASUKAN
• Dua (2) Sesi
- Januari
- Julai
ELAUN RM200 SEBULAN*
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan
;