SJIL OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN
A031-002-3:2022
Pengenalan Kursus
Kursus ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada teknologi perikanan tangkapan yang terkini melalui pendedahan kepada peralatan dan aktiviti perikanan tangkapan yang lebih moden dan bersistematik. Kandungan kursus bermula dari pembuatan dan penyelenggaraan peralatan perikanan tangkapan diikuti dengan pendedahan kepada pelaksanaan operasi yang meliputi aktiviti penangkapan dan pengendalian pelayaran vesel. Modul ini juga memperkenalkan konsep keselamatan makanan dan penekanan kepada aspek keselamatan di air. Antara faedah yang akan diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut:
1. Memahami cara menyedia, mengendali dan menyelenggara peralatan penangkapan ikan.
2. Memahami cara penggunaan peralatan berteknologi untuk navigasi dan penangkapan ikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tangkapan.
3. Melaksanakan tanggungjawab penyeliaan dan mempunyai autonomi diri dalam mengawal serta memberi panduan kepada orang lain.
4. Memastikan aspek keselamatan diterapkan secara optimum semasa operasi di air.
Maklumat Latihan TVET
2) Pengendali Vesel
3) Perkapalan
4) Penyelia Vesel Perikanan Tangkapan
5) Kru Vesel Perikanan Tangkapan
6) Pembekal Peralatan Menangkap Ikan
7) Pembantu Laut
8) Pembekal Input Perikanan
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
| PNG Keseluruhan : | 0.00 |
| PNG Akademik : | 0.00 |
| PNG Vokasional : | 0.00 |
| Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran | Wajib/Pilihan | Min Gred |
|---|
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai SIJIL TAHFIZ ATAU PONDOK Dari INSTITUSI YANG BERDAFTAR
Minimum CGPA : 0.00
1. Pemohon Memiliki SPM Dengan Sekurang-kurangnya Gred E Dalam Subjek Berikut :
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30
SYARAT TAMBAHAN
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)
LAIN-LAIN SYARAT
2. Orang Kurang Upaya
3. Tidak Memiliki SPM / SVM / SKM
4. Pemohon Dari Aliran Tahfiz dan Pondok Yang Tidak Memiliki SKM / SVM / SPM
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Yuran Pendaftaran : RM 350.00
**Perubahan jumlah yuran pendaftaran bergantung kepada keadaan semasa**
Pelatih yang diterima masuk ke KPSN bagi kursus ini perlu menjalani Pemeriksaan Kesihatan di klinik yang menjadi panel Jabatan Laut untuk mendapatkan Kad Pelaut. Bayaran tambahan sebanyak RM 100 dikenakan untuk Pemeriksaan Kesihatan ini.
Elaun :
a) RM 200 sebulan dibayar sepanjang menjalani Latihan Kemahiran di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
b) RM 300 sebulan dibayar semasa menjalani Latihan Industri (LI) selama 3 bulan.
Penginapan Disediakan Secara Percuma
- pelatih diwajibkan tinggal di asrama Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Makan dan Minum Disediakan Secara Percuma
- makanan disediakan 4 kali sehari
Kandungan Kursus :
Nakhoda Operasi Perikanan Tangkapan (Tahap 3) berketerampilan untuk menjalankan tugas-tugas teras berikut:
1. Laksana Persediaan Operasi Perikanan Tangkapan
2. Laksana Operasi Perikanan Tangkapan Pukat Hanyut.
3. Laksana Operasi Perikanan Tangkapan Bubu
4. Laksana Operasi Perikanan Tangkapan Rawai
5. Laksana Operasi Perikanan Tangkapan Pukat Tunda
6. Laksana Operasi Perikanan Tangkapan Pukat Jerut
7. Laksana Penyelenggaraan Peralatan Vesel Perikanan Tangkapan
8. Laksana Pengendalian Pelayaran Vesel
9. Laksana Penyeliaan Operasi Perikanan Tangkapan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.