Kursus TVET

SIJIL OPERASI LADANG POLTRI TAHAP 3

A014-006-3:2022

INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS , MELAKA

Pengenalan Kursus

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Operasi Ladang Poltri merupakan program kemahiran yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih dalam melaksanakan pengurusan operasi penternakan poltri (ayam) secara terancang, sistematik dan mengikut amalan kerja yang ditetapkan.

Sepanjang mengikuti program ini, pelatih akan mempelajari pelbagai aspek operasi ladang poltri merangkumi pengurusan prasarana dan penyelenggaraan ladang, persediaan tempat ternakan, pelaksanaan biosekuriti, pengurusan perindukan dan pembesaran ternakan, pengendalian telur serta operasi penetasan.

Pelatih turut didedahkan kepada pengurusan kesihatan ternakan, kawalan perosak, pengurusan sisa ladang, penyeliaan operasi, rekod dan dokumentasi serta pentadbiran ladang. Pendekatan pembelajaran menggabungkan pengetahuan teori dengan latihan amali bagi membolehkan pelatih mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi operasi ladang sebenar.

Program ini sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya dan kemahiran dalam industri penternakan poltri, khususnya dalam bidang operasi dan pengurusan ladang.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Ladang Poltri mempunyai peluang kerjaya yang meluas dalam pelbagai sektor industri penternakan poltri. Berdasarkan rekod semasa, kadar graduan yang bekerja adalah sekitar 90% hingga 100% setiap tahun.

Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi termasuk Penyelia Ladang Poltri, Penolong Penyelia Ladang dan Pembantu Veterinar. Selain itu, graduan juga berpeluang menceburi bidang keusahawanan dalam industri penternakan poltri dengan mengusahakan perniagaan atau perusahaan ternakan sendiri.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Pilihan 1
Syarat kelayakan minima adalah seperti berikut:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

1. Gred minima seperti berikut:

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 3
Menduduki Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Perlu lampirkan STM daripada institusi tahfiz anda untuk makluman dan rujukan pihak pengurusan.

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
Minimum CGPA : 0.00

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah mematuhi syarat kelayakan umur seperti berikut:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
LAIN-LAIN SYARAT
Syarat Wajib
Wajib menghadiri temuduga bagi
1. Calon berkeperluan khas

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS
Alamat
Negeri
MELAKA
Penyelaras
FAUZIAH BINTI AHMAD
Telefon
06-3841321/22
Emel
itu.melaka@yahoo.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM200.00 sebulan dan penginapan asrama serta makan dan minum turut disediakan oleh pihak kerajaan.

Untuk maklumat lanjut sila layari akaun facebook rasmi ITU: Institut Teknologi Unggas Rasmi

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;