Kursus TVET

Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

DHF

Pengenalan Kursus

Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal memperkenalkan pelajar kepada amalan halal dalam industri perkhidmatan makanan. Ia menyediakan pemahaman yang luas serta kompetensi yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan halal seperti profesionalisma dan perkhidmatan pelanggan, pengetahuan asas makanan halal dan industri makanan, standard halal, sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan timur dan barat, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, undang-undang makanan dan aspek undang-undang, operasi perkhidmatan makanan komersil, pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia.

Amalan hospitaliti mesra muslim dan rekabentuk susun atur kemudahan perkhidmatan makanan juga diterapkan di dalam program ini. Ia menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar akan menjalani enam bulan latihan industri yang berstruktur untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan supaya mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi setelah tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penyeliaan atau pengurusan dalam industri perkhidmatan makanan halal. Mereka mempunyai peluang kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan halal, perkhidmatan makanan halal atau pengeluaran makanan halal seperti:

- Penyelia Makanan dan Minuman
- Penyelia Restoran
- Eksekutif Halal (Muslim Sahaja)
- Usahawan
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
- Pegawai Kualiti Makanan
- Pegawai Jaminan Kualiti Makanan
- Penyelia Penjualan Makanan
- Eksekutif Perkhidmatan Makanan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
Alamat
KB 1031, PEJ. POS MERLIMAU, 77300 MERLIMAU, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
MOHD HALIM IBRAHIM
Telefon
06-2636687
Emel
mhalim@pmm.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
;