
Kursus TVET
Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal
KJA / KMK
Pengenalan Kursus
Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal mendedahkan pelajar kepada asas kejuruteraan mekanikal dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas dan bengkel. Program ini merangkumi kemahiran kimpalan, penyenggaraan penyaman udara dan penyenggaraan kenderaan ringan. Kandungan kursus meliputi Kimpalan Arka, Kimpalan Metal Inert Gas (MIG) dan Kimpalan Tungsten Inert Gas (TIG), Pemasangan dan Penyenggaraan Penyaman Udara, Penyenggaraan Kereta dan Motosikal, Permesinan, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta kursus-kursus mata pelajaran umum dan elektif.
Maklumat Latihan TVET
Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mekanikal. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Pembantu Juruteknik
- Mekanik Kenderaan
- Jurukimpal
- Juruteknik Penyaman Udara
- Jurumesin/ Juruteknik Mesin
- Pelukis Pelan Mekanikal
- Pengusaha Bengkel
- Pembantu Juruteknik
- Mekanik Kenderaan
- Jurukimpal
- Juruteknik Penyaman Udara
- Jurumesin/ Juruteknik Mesin
- Pelukis Pelan Mekanikal
- Pengusaha Bengkel
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Alamat
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam,
Selangor
40150 Shah Alam,
Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD NASIR BIN KAMARUDDIN
Telefon
03-5163 4000
Emel
webmasterpsa@psa.edu.my
Laman Web
https://psa.mypolycc.edu.my
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar berkeperluan khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
3. Pemegang Kad OKU (Ketidakupayaan Pendengaran)
1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
3. Pemegang Kad OKU (Ketidakupayaan Pendengaran)