
Kursus TVET
Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
SVM
Pengenalan Kursus
Program Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Penyenggaraan Motosikal. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Pengendalian bengkel servis motosikal, servis asas motosikal, pemeriksaan kerangka dan set penutup serta selenggaran sistembahan api.
2. Selenggara roda, selenggara sistem gantungan dan stereng, selenggara sistem brek dan penyenggaraan sistem elektrik enjin.
3. Rombak rawat sistem klac, servis pacuan akhir, penyenggaraan sistem pacuan akhir automatik dan penyenggaraan sistem suntikan bahan api enjin.
4. Analisa kerosakan enjin, rombak rawat enjin satu silinder, berbilang silinder dan penyeliaan pusat servis motosikal.
Maklumat Latihan TVET
1. Mekanik
2. Juruteknik servis motosikal (berkuasa tinggi)
3. Penasihat servis (Service Advisor)
4. Pengusaha bengkel servis motosikal (berkuasa tinggi)
5. Pengusaha bengkel tayar
6. Pengusaha bengkel elektrik automotif
7. Pengusaha kedai aksesori motosikal (berkuasa tinggi)
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
MEDANIAGA LAGENDA,
36400 HUTAN MELINTANG,
PERAK DARUL RIDZUAN
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali