Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF SERVIS (DKM TAHAP 4) #

DTAS34

ADTEC JTM KAMPUS PERAI (ILP PERAI) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program ini ditawarkan bertujuan untuk menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya. Selain itu graduan juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti teknologi kenderaan hibrid dan elektrik.

Graduan juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DKM Tahap 4 mengikut Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara subjek yang ditawarkan dalam program ini ialah Automotive Advance Technology, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Stor dan Kawalan Kualiti. Setelah tamat pengajian, graduan dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor Automotif seperti; Eksekutif/ Juruteknik di kilang pengeluaran kereta. Eksekutif/ Juruteknik di pusat servis kereta Tenaga pengajar mahir di pusat-pusat latihan automotif Eksekutif/ Juruteknik di dalam sektor pengedaran dan pengimportan kenderaan. Usahawan pembuat/ vendor komponen. Selari dengan kepentingan negara yang digariskan dalam salah satu Objektif Dasar Automotif Negara iaitu untuk menggalakkan penyertaan yang kompetetif di dalam sektor pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponen graduan dalam bidang ini, dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

KENDERAAN PERDAGANGAN – SERVIS DIAGNOSTIK [G452-001-3:2017] Atau

SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN [G452-002-3:2018] Atau

Servis Diagnosis - Kenderaan Ringan [TP-300-3:2016] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-3:2013] Atau

Juruteknik Kanan Kenderaan Motor [TP-300-3] Atau

Servis & Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan [TP-307-3:2012]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS PERAI (ILP PERAI)
Alamat
LORONG PERUSAHAAN SATU, KAWASAN PERUSAHAAN PERAI
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
IERWAN BIN AB KARIM
Telefon
04-3907269
Emel
bkklilpperai@gmail.com
Laman Web
www.ilpperai.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;