Kursus TVET

SOLAR PHOTOVOLTAIC SYSTEM INSTALLER

F432-009-2:2021

KEDAH INDUSTRIAL SKILLS & MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC) , KEDAH

Pengenalan Kursus

Program Solar Photovoltaic (PV) System Installer bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang Solar PV Tersambung Grid melalui pendedahan kepada pembelajaranTeori dan Latihan Praktikal yang komprehensif. Seterusnya Pelatih akan menjalani Latihan Industri sebagai pendedahan kepada persekitaran kerja dalam Industri Solar. Pelatih akan mengetahui mengenai mengenai konsep tenaga solar, komponen utama sistem PV, dan prinsip operasi sistem tersambung grid. Didedahkan dengan latihan teknikal dalam pemasangan sistem PV mengikut piawaian industri dan amalan keselamatan. Melaksanakan penyelenggaraan dan penyelesaian masalah bagi memastikan prestasi sistem PV kekal optimum serta memahami prosedur sambungan ke grid utiliti termasuk pematuhan kepada keperluan teknikal dan dokumentasi. Pendedahan kepada teknologi digital untuk pemantauan dan pengurusan prestasi sistem secara masa nyata.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
4 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya dalam Industri Solar sebagai Solar Crew, Solar Installer, Technician, Assistant Engineer, Engineer serta Site Supervisor. Berkesempatan menceburkan diri dalam Bidang keusahawanan dalam Industri Solar yang semakin berkembang.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan akademik
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had umur
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
3M, status perkahwinan
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KEDAH INDUSTRIAL SKILLS & MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC)
Alamat
126, JALAN PKNK 1/1, KAWASAN PERUSAHAAN SUNGAI PETANI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
NOR ATIKAH BINTI AZIZ
Telefon
04-4414619/462
Emel
kismec@kismec.org.my
Laman Web
www.kismec.org.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Modul 1: Amalan Kesihatan Pekerjaan & Keselamatan
Modul 2: Pengenalan kepada Elektrik & Teknologi Solar
Modul 3: Penyediaan Pemasangan Sistem Elektrikal & Mekanikal
Modul 4: Peralatan Sistem & Pemasangan Sistem Elektrikal & Mekanikal
Modul 5: Penyelenggaraan Sistem & Sistem Kawalan
Modul Tambahan:
1. Safety Induction Conctruction Worker (SICW) – Kad CIDB
2. Working at Heights (WAH)
3. AutoCADD
4. Asas Pendawaian Domestik
5. Asas Rekabentuk Sistem Solar PV Tersambung Grid
6. Smart Grid Interconnection
7. Set Generator

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;