PENYELIAAN OPERASI SUNTIKAN ACUAN PLASTIK
MC-101-3:2015
Pengenalan Kursus
1) Kursus modul ini direka adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelatih mengenai Operasi Suntikan Acuan Plastik. Ianya merangkumi proses pra-pengeluaran acuan suntikan, penyediaan acuan suntikan, penyediaan mesin suntikan, pemasangan acuan ke mesin, pemasangan peralatan tambahan ke mesin, dan penurunan acuan dari mesin.
2) Ia juga memperkenalkan konsep pembelajaran tentang kerja-kerja penyelenggaraan acuan, serta proses pemasangan dan penurunan acuan dari mesin.
3) Antara faedah lain yang akan diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut :-
i) Pelatih akan dapat mengetahui tentang jenis-jenis acuan.
ii) Pelatih dapat mengenali jenis-jenis mesin suntikan.
ii) Pelatih akan menjadi lebih mahir dalam menyelenggara acuan.
iii) Pelatih dapat mengetahui proses pemasangan dan penurunan acuan dari mesin mengikut turutan yang betul.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Had Umur
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35
Warganegara
Syarat Tambahan
Butiran Penyedia Latihan TVET
TAMAN TASIK UTAMA
75450 MELAKA TENGAH, MELAKA.
PREMIS TAMBAHAN:
NO 74 & 74-1, JALAN TASIK UTAMA 40, TAMAN TASIK UTAMA,
Lain-lain Maklumat
Pinjaman Yuran Kursus 100% oleh PTPK.
Pinjaman elaun sara hidup (ESH) RM400 – RM800 / bulan.
Tambahan pinjaman bagi Pengangkutan RM500 (Semenanjung) & RM1000 (Sabah/Sarawak/Labuan) / Pembelian Komputer RM2000 bagi pelajar Diploma
Diploma / Sijil dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia.
Penempatan kerja selepas tamat belajar
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.