PENTADBIRAN PEJABAT
N821-001-3:2020
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia Pentadbiran Pejabat atau dulunya dikenali sebagai SKM Pengurusan Pejabat dan Penyeliaan Pengurusan Pejabat adalah kursus untuk melatih pelajar dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Pentadbiran Pejabat adalah satu kursus latihan kemahiran di bawah sistem Sistem Latihan dan Pendidikan Berasaskan Kompetensi (SLaPB) yang ditawarkan di Pusat Bertauliah. Kursus ini direka untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan tugas pentadbiran pejabat secara profesional dan efisien sesuai dengan kehendak industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
SPM
1.
Bil. Subjek : 0
Gred Minimum :
| Kod Subjek | Subjek |
|---|
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.