Kursus TVET

Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan

SPK

Pengenalan Kursus

Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini sejajar dengan Akta Makanan 1983, Peraturan- peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang sedang berkuatkuasa. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknologi pemprosesan hasilan haiwan dan tumbuhan,teknologi minuman, teknologi bakeri dan teknologi konfeksionari,
2. Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas,
3. Pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan,
pengenalan industri makanan yang merangkumi tentang undang-undang makanan serta pensijilan halal yang sering menjadi isu utama dalam pengeluaran makanan, dan
4. Pengurusan serta pemasaran hasilan makanan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:-

1. Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
2. Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
3. Pembantu Makmal Usahawan Industri kecil dan sederhana
4. Penolong Pengurus Restoran
5. Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
6. Penolong R&D
7. Penolong Pegawai Penyelidik

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI ARAU
Alamat
Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang
02600 Arau
Perlis.
Negeri
PERLIS
Penyelaras
-
Telefon
04-9869800
Emel
kkarau@kkarau.edu.my
Laman Web
http://www.kkarau.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;