Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Bidang pengurusan pejabat & pentadbiran sistem maklumat merupakan salah satu bidang yang mengendalikan pengurusan pelaksanaan kerja pejabat dan pelaksanaan dokumen² pengurusan dan pentadbiran organisasi. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelajar akan diberi penekanan berkaitan sistem pengurusan pemfailan,pengurusan dokumen elektronik, perlaksaan fungsi pentadbiran, pengurusan komunikasi perniagaan dan melaksanakan fungsi penyeliaan. Program ini juga turut menerangkan tentang asas pengurusan pejabat dan penyeliaan untuk diamalkan dalam tugas-tugas harian. Ia dapat memupuk sikap positif terhadap persekitaran kerja dan berperanan sebagai penyelia dan pentadbir.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. KELAYAKAN AKADEMIK
1.1 Kelayakan akademik yang diperlukan ialah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. WARGANEGARA
2.1 Pemohon hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. UMUR
3.1 Pemohon perlu

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 65


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Syarat tambahan yang diperlukan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. MEMILIKI KAD OKU (PENGLIHATAN)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
• Pengkeranian • Pentadbiran Sumber Manusia • Pengoperasian • Kesetiausahaan • Khidmat Pelanggan • Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN GURNEY
Alamat
PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA, KOMPLEKS MAB, JLN TEBING OFF JALAN TUN SAMBANTHAN 4
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NUR AZLIN BINTI SUDIN
Telefon
03-22722677
Emel
gtc@mab.org.my
Laman Web
www.mab.org.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Asrama dan makan minum percuma
- Tempat pembelajaran yang kondusif
- Peluang mengikuti Program/Aktiviti anjuran Persatuan
- Mendapat 2 sijil selepas tamat latihan (Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Tamat Latihan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia)
;