PENGOPERASIAN MESIN PENGACUAN SUNTIKAN PLASTIK
MC-101-2:2015
Pengenalan Kursus
Struktur kursus ini telah direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan merekabentuk, membuat acuan pembentuk untuk mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas dan pendedahan kepada pelajar dalam kerja-kerja teknikal dalam pembuatan Acuan Suntikan Plastik (Plastic Injection Mould) dengan menggunakan perisian komputer.
Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Selain itu, memberi tumpuan mengenai sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.
Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.