Kursus TVET

Sijil Khas Ikan Hiasan

KAQ

Pengenalan Kursus

Program Sijil Khas Ikan Hiasan (KAQ) direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan TVET yang holistik, berdaya saing dan berilmu pengetahuan serta berkemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri ikan hiasan. Program ini mendedahkan pelajar kepada keseluruhan aspek berkaitan pembiakan, tumbesaran, penuaian hasil, pembungkusan dan pemasaran produk ikan hiasan. Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan pembangunan sahsiah diri, nilai keusahawanan dan kemahiran komunikasi. Program ini juga akan melahirkan pelajar dengan kemahiran insaniah bagi membentuk modal insan yang berdaya saing dalam industri ini.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akuakultur (ikan hiasan). Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
1. Usahawan Ikan Hiasan
2. Pembiak baka Ikan Hiasan
3. Peniaga Ikan Hiasan Atas Talian
4. Pembekal Ikan Hiasan
5. Pembekal Makanan Ikan Hiasan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI TAMPIN
Alamat
KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, JALAN IMPIAN NURI 3, TAMAN IMPIAN JAYA, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-4316029
Emel
admin@kktns.edu.my
Laman Web
https://kktampin.mypolycc.edu.my/subdomain/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;