Kursus TVET

Sijil Khas Pastri

KPA

Pengenalan Kursus

Program Sijil Khas Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar berkeperluan pendidikan khas mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang pastri. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin antaranya Asas Roti, Produk Asas Pastri, Pengurusan Diri, Laminated Dough, Asas Kek, Artisan Bread, Continental Cake, Asas Coklat, Asas Hiasan Kek, Quick Bread dan Dessert. Pelajar juga wajib mengambil kursus Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum dan Asas Keusahawanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir dalam usahan memberi pendedahan kepada dunia kerjaya yang sebenar.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pastri. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
1. Industrial Bakers
2. Homebakers
3. Usahawan
4. Bakery Assistant
5. Kitchen Helper
6. Commis
7. Pembantu Penyelia perkhidmatan makanan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU
Alamat
NO.2, PERSIARAN PAYA TERUBONG 1, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
-
Telefon
04-6460011
Emel
webmaster.kkbu@kkbba.edu.my
Laman Web
https://kkbayanbaru.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;