Kursus TVET

PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN

I561-005-2:2022

KOLEJ KEMAHIRAN ASCOT , SABAH

Pengenalan Kursus

Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para pelatih kepada asas kepada penyediaan makanan yang meliputi semua kemahiran dalam penyediaan dan pembuatan makanan sebagai pengendali makanan seperti kebersihan dan keselamatan di dapur, penggunaan perkakasan dan peralatan serta bahan-bahan yang sering digunakan dalam penyediaan makanan.

Dalam modul ini juga, pelatih akan belajar tentang Pengeluaran produk Breakfast,appetizer, Main Course, Dessert dan pengenalan tentang bagaimana untuk menjalankan operasi katering dan pengenalan kepada konsep katering.

Pelatih juga dapat menggambarkan bagaimana suasana semasa mereka di industri pada masa akan datang kerana setiap Latihan amali akan dijalankan di dapur yang berkonsepkan dapur industri bersama tenaga pengajar yang berpengelaman lama dalam bidang industri dan perhotelan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
9 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Industri Perhotelan, Restoran, Kapal Pesiaran, Resort
2. Perniagaan berasaskan Makanan
3. Penghasilan Produk Makanan

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
1. Lepasan UPSR/PT3/PMR/SPM/STPM/ Tiada pekerjaan boleh memohon
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Umum
Syarat Wajib
1. 1. Tidak mempunyai masalah kesihatan (Penyakit Kronik/Kritikal/Hepatitis B atau C) / Tiada masalah mental 2. Tidak mempunyai rekod jenayah & Bebas dari pengaruh Dadah: 3. Tidak berdaftar dengan mana-mana penyedia latihan pada masa yang sama 4. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti; 5. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN ASCOT
Alamat
BLOCK 912 & 913, GROUND, FIRST & SECOND FLOOR,
AUTO CITY, 1 BORNEO HYPERMALL, JALAN SULAMAN
Negeri
SABAH
Penyelaras
MAIDIN BIN ABDURAKIM
Telefon
088487200
Emel
info@ascotacademy.com.my
Laman Web
www@ascotacademy.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pengurusan penempatan pekerjaan akan diuruskan oleh Pihak Kolej bersama dengan Rakan Industri kami sebelum tamat latihan
2. Bantuan Pinjaman Latihan daripada PTPK meliputi Yuran Latihan (Pinjaman Penuh), Elaun Sara hidup bermula RM400.00 sehingga RM800.00 sebulan dan Elaun pengangkutan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;