Kursus TVET

PENTADBIRAN TEKNIKAL SENIBINA

BC-050-4:2013

MTTC COLLEGE , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program pengajian Pentadbiran Teknikal Senibina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang seni bina. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di bilik kuliah, studio dan industri berkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
- Pembantu Teknik Seni Bina
- Penyelia Tapak
- Inspektor Kerja Tapak
- Penyelaras BIM
- 3D Maker dan Illustrator
- Perunding Seni Bina
- Usahawan Industri Kreatif

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Tiada Keperluan Sijil SPM
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Had Umur Pemohon
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
Warganergara
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Calon mestilah berwarganegaraan Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MTTC COLLEGE
Alamat
BLOCK B, LEVEL 3, MENARA HARVEY NORMAN, 46100 PETALING JAYA, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
WONG CHEE SHING
Telefon
03-89399883
Emel
charlene@mttc.edu.my
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelatih akan diberikan Pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 sekiranya tamat pengajian bersama kolej.
Pembiayaan PTPK disediakan termasuk kos sara hidup RM600 sebulan, pembiayaan komputer riba dan pengangkutan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;