Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Seni Kulinari merupakan program yang direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Pelajar akan mempelajari gabungan teori dan amali merangkumi kemahiran asas dapur, teknik memasak, penyediaan menu tempatan dan antarabangsa, keselamatan makanan, sanitasi, serta pengurusan operasi dapur mengikut standard industri. Sepanjang pengajian, pelajar turut didedahkan dengan latihan industri bagi meningkatkan pengalaman sebenar di tempat kerja, sekali gus membuka peluang kerjaya sebagai chef, commis chef, baker, pastry chef, usahawan makanan, katering dan pelbagai lagi dalam industri hospitaliti.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Had umur ialah:

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 30


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan akademik minimum ialah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Syarat tambahan diperlukan:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
9 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Kursus Seni Kulinari mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam industri makanan, minuman dan hospitaliti. Mereka boleh bekerja sebagai chef, pastry chef, baker, penyelia dapur, penyelia katering atau usahawan makanan di hotel, restoran, resort, syarikat katering dan pelbagai organisasi berkaitan. Selain itu, graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan prospek kerjaya dalam bidang kulinari.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
DSH ACADEMY
Alamat
A11, A13 & A15 Lorong Pandan Perdana 1/2, 25150 Kuantan, Pahang
Negeri
PAHANG
Penyelaras
YUSMANISAH BINTI YUSOH
Telefon
0169885634
Emel
zaidi@dsh.academy
Laman Web
www.dsh.academy

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Permohonan pembiayaan PTPK disediakan kepada pelajar yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan semasa.
;