Kursus TVET

SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN

SWKA03

ADTEC JTM KAMPUS MIRI (ILP MIRI) , SARAWAK

Pengenalan Kursus

Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja separuh mahir dalam kerja mengimpal di industri dalam bidang minyak dan gas, industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para pelajar perlu memiliki dan mampu melaksanakan proses kimpal iaitu Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan Flux Cored Arc Welding (FCAW).

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester akhir pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 3 bulan serta menyediakan buku log Latihan Industri.

Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten seperti Welder Qualification Test (WQT) 6G SMAW,6G GTAW,3G SMAW,3G FCAW,6GC SMAW-GTAW dan CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector serta kursus Green Card (CIDB) jika mereka berminat.

Program ini turut mendapatkan Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS MC-024-3:2012.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Pilihan 1
Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS MIRI (ILP MIRI)
Alamat
LOT 3226, BLOK 6
MUKIM BANDAR BARU PERMY JAYA
KUALA BARAM, MIRI
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Norlydiawati binti Mohd Mustajab
Telefon
085-644384
Emel
norlydiawati@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilpmiri.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;