PENTADBIRAN PEJABAT
N821-001-3:2020
Pengenalan Kursus
Kursus Pentadbiran Pejabat ialah suatu aktiviti pembelajaran & pengajaran yang berkaitan dengan modul Resepsi Kaunter Hadapan, Pengendalian Kewangan Pejabat, Pengendalian Perolehan Pejabat, Pengendalian Inventori Pejabat, Pengendalian Logistik Pejabat, Penyediaan Dokumentasi Pejabat dan Penyeliaan Pentadbiran Kakitangan. Aktiviti pembelajaran ini memainkan peranan yang penting dalam mana-mana infrastruktur organisasi tanpa mengira skala mahupun standard. Aktiviti pentadbiran pejabat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aktiviti pentadbiran dalam sesuatu organisasi berjalan dengan lancar, cekap iaitu dengan menyediakan struktur/panduan kepada pekerja-pekerja di sesebuah organisasi.
Aktiviti ini terdiri daripada bahagian Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Akaun Belanjawan, Rekod Dokumentasi dan lain-lain.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Boleh menulis, mengira dan membaca
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Warganegara Malaysia
Berumur minima 15 tahun dan ke atas
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40
Syarat Tambahan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan pelajaran akan dibiayai sepenuhnya oleh pinjaman tabung kemahiran (PTPK)
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.