Kursus TVET

PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH DAN ZIARAH

N791-001-4:2016

KOLEJ SIDMA , SABAH

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah merupakan program pendidikan yang disusun khusus untuk memenuhi keperluan industri perkhidmatan pelancongan agama, khususnya dalam pengurusan dan penyelenggaraan perjalanan umrah dan ziarah. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran praktikal, dan nilai-nilai etika yang diperlukan untuk menjadi seorang mutawwif yang cekap, profesional, dan berkualiti tinggi.

Pelatih akan menjalankan bengkel latihan di Mekah dan Madinah sekurang-kurangnya dua minggu.

Dengan penekanan pada pendekatan praktikal dan aplikasi industri, program ini tidak hanya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, tetapi juga kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan sebenar industri perkhidmatan pelancongan agama. Melalui program ini, diharapkan pelajar dapat menjadi mutawwif yang profesional, berdaya saing tinggi, dan dapat menyumbang secara positif kepada kemajuan industri umrah dan ziarah.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
28 Bulan
Prospek Kerjaya
Mutawif Profesional, Usahawan agensi pelancongan, konsultan perjalanan umrah dan haji, pencermah bebas, Pengurus Perjalanan, pengurus Agensi Pelancongan

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur 16 hingga 40
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40

DAN
03
Kriteria Utama
Beragama Islam dan boleh membaca Al-Quran
Syarat Wajib
1. Beragama Islam 2. Boleh membaca Al-Quran
1. 1. Beragama Islam 2. Boleh membaca Al-Quran

DAN
04
Kriteria Utama
Akademik
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ SIDMA
Alamat
BUNDUSAN COMMERCIAL CENTRE 2,
JALAN BUNDUSAN
PENAMPANG
Negeri
SABAH
Penyelaras
HALIZAWATI @ FELICITY KANGUT
Telefon
088712560
Emel
azlina.sidma@gmail.com
Laman Web
www.sidma.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pembiayaan Lembaga Zakat bagi yang layak
2. Elaun sara diri, elaun komputer (tertakluk kepada PTPK)
3. Asrama

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;