Kursus TVET

CAKES PRODUCTION & DECORATION

MCU-1-11

MRS NANCY LIM SCHOOL OF COOKING & BAKING , SABAH

Pengenalan Kursus

Program SKM Micro Credential yang dirujuk dalam kod HT-014-2:2011 adalah satu program latihan yang khusus dalam bidang Pembuatan Pastri atas modul Penyediaan dan Penghiasan Kek.

Pelatih akan diajar mengenai pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar penyediaan dan pembuatan produk pastri dan bakeri mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas dalam penyediaan pastri.

Modul Ini mengajar peserta cara memberikan penyediaan & hiasan kek bertujuan untuk menghasilkan produk kek. Personel yang kompeten dalam modul ini harus mampu melaksanakan penyediaan dan hiasan pelbagai jenis kek, kemasan produk, dan paparan produk akhir bagi memenuhi kualiti dan kuantiti yang ditetapkan.

Modul ini meliputi teknik dan membolehkan pelatih melaksanakan:
- Mengenal pasti keperluan penyediaan kek
- Menyediakan mise en place untuk penyediaan kek
- Melaksanakan penyediaan kek
- Melaksanakan kemasan (penghiasan) produk kek
- Memeriksa kualiti dan kuantiti produk kek
- Menghias kek dengan teknik yang betul

Objektif Kursus:
1. Memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pembuatan dan penghiasan kek.
2. Meningkatkan kompetensi peserta untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi.
3. Membantu peserta memenuhi standard industri dan meningkatkan peluang kerjaya dalam bidang penyediaan, pembuatan dan penghiasan kek.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
160 Jam
Prospek Kerjaya
1. Chef Pastry
2. Cake artist
3. Pembuat Kek
4. Pemilik Cafe
5. Perancang Cafe
6.Pengurus Bakeri

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan MInimum
Syarat Wajib
Kelayakan Akademik

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Syarat Umur
Syarat Wajib
Had Umur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kewarganegaraan
Syarat Pilihan 1
Warganegara Malaysia Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
kelebihan bagi:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MRS NANCY LIM SCHOOL OF COOKING & BAKING
Alamat
G2-G3, BLOK G, JALAN LINTAS KEPAYAN PENAMPANG, 88300 KOTA KINABALU SABAH.
Negeri
SABAH
Penyelaras
NUR IFFAH ADILA BINTI ZAINAL
Telefon
0143596866
Emel
mrs.nancylim17@gmail.com
Laman Web
https://nancylim.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengiktirafan formal dalam bidang pastri melalui latihan yang terstruktur dan berpandukan standard industri.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;