Kursus TVET

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

F432-005-3:2019;PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK - TIGA FASA

MIRAJ ACADEMY , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Latihan kemahiran selama 12 bulan ini bertujuan untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran melakukan pemasangan dan pendawaian elektrik-tiga fasa.

Latihan kemahiran ini memberi pengetahuan dan kebolehan kepada pelatih tentang cara pendawaian litar elektrik untuk bangunan. Pelatih akan memperoleh pengetahuan dan keselamatan elektrik, litar elektrik dan peranti pelindung serta mempelajari cara membuat pendawaian pada aplikasi bangunan.

Pada akhir latihan kemahiran, pelatih seharusnya dapat melaksanakan pelbagai jenis pendawaian tiga fasa, pemeriksaan dan penyelenggaraan pendawaian. Pelatih akan mengenalpasti peluang pekerjaan yang boleh menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruelektrik, Kontraktor Elektrik, Usahawan, Pengajar dan lain-lain.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Pemohon mestilah warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur Pemohon mestilah berumur 15 - 45 tahun
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
Boleh Membaca, Mengira, Menulis & Minat
Syarat Pilihan 1

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019]

ATAU
Syarat Pilihan 2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MIRAJ ACADEMY
Alamat
NO. 9-G, 9-1, 9-2, 11G & 11-1, JALAN DRAVIDAN
BANDAR BARU AMPANG
68000 AMPANG, SELANGOR

PREMIS TAMBAHAN:

NO 17-A, JALAN WAWASAN 4/6
BANDAR BARU AMPANG
68000 AMPANG, SELANGOR

LOT 29B, JALAN WAWASAN 4/3,
BANDAR BARU AMPANG,
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ANZILLA JAIS
Telefon
03-42707428
Emel
admin@miraj.edu.my
Laman Web
www.miraj.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Latihan kemahiran ini mendapat pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) meliputi Yuran Pengajian dan Elaun bulanan berjumlah RM600/bulan sebagai elaun sara diri.

Lain-lain tajaan seperti Program Dermasiswa Pengajian Tinggi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi golongan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar dengan LZS. Tajaan ini meliputi Yuran Pengajian, Yuran Penginapan dan Elaun bulanan berjumlah RM400/bulan sebagai elaun sara diri.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;