Kursus TVET

SIJIL KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI (PERKHIDMATAN)

MC-091-2:2016

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (CAWANGAN MIRI) , SARAWAK

Pengenalan Kursus

Program Sijil Kejuruteraan Automasi Industri (Perkhidmatan) ialah yang menyediakan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam teknologi penyelenggaraan industri yang bermula dari asas kejuruteraan dan prinsip pengkhususan serta pengetahuan lain yang berkaitan dengan revolusi industri 4.0. Program ini menawarkan latihan yang merangkumi penilaian melibatkan operasi serta penyelenggaraan seperti kren, lif (elevator), tangga gerak (escalator) yang menggunakan sistem kawalan teknologi terkini. Pelajar akan menguasai kemahiran dalam bidang selenggara sistem automasi, robotik dan Internet of thing (IOT). Selain itu juga pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan yang melibatkan mekanikal, elektrikal, elektronik, pengaturcaraan kawalan asas dan fabrikasi yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu memperolehi pelbagai kemahiran (multiskill). Penubuhan sistem automasi industri telah menstabilkan pengeluaran yang sebelum ini bergantung kepada tenaga kerja manusia yang tidak menentu. Dengan sistem automasi, keupayaan dalam mengekalkan piawaian pengeluaran disebabkan oleh penghapusan keletihan dan faktor emosi dalam sistem itu sendiri. Komponen program ini menerapkan elemen pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah bagi melahirkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melengkapkan profesion.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Naik tahap 3 - Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
2. Technician

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Berumur 16 hingga 50
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50

DAN
03
Kriteria Utama
PENDIDIKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Syarat Wajib
Pelajar hendaklah lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SPM)
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon juga perlu memenuhi syarat berikut:
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (CAWANGAN MIRI)
Alamat
BLOK 1, MCLD,
JALAN SHELL, LUTONG,
98000 MIRI
SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN:

SUBLOT 41, SURVEY LOT 1440, PARENT LOT 991, BLOCK 1 MCLD, 1ST AND 2ND FLOOR, NEW LUTONG SHOPHOUSE, LUTONG, 98000 MIRI.
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
MOHD HAZIQ HAFIZUL BIN SHARBINI
Telefon
085-622184
Emel
miri@sarawakskills.edu.my
Laman Web
www.sarawakskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Bantuan Pembiayaan dari Yayasan Sarawak dan PTPK
2. Subjek TVET Module : English Basic Communication & Basic Mathematics

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;