Kursus TVET

PENTADBIRAN PEJABAT

N821-001-3:2020;Pentadbiran Pejabat

GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES , NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Kursus Persijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Pentadbiran Pejabat adalah satu kursus atau program yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam tugas-tugas pentadbiran di sesebuah syarikat atau pejabat. Dalam kursus ini, para pelatih akan diberi latihan yang berkaitan tugas-tugas umum bagi seseorang yang berminat bekerja di dalam urusan pentadbiran umum sesebuah syarikat atau kerja-kerja umum pentadbiran di pejabat. Pelatih akan dibimbing mengendalikan tugasan umum di pejabat seperti operasi kewangan asas pejabat seperti urusan wang kecil (petty cash), kutipan bil, dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, pelatih juga akan dilatih dalam pengurusan inventori dan pembelian peralatan atau perkakasan keperluan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, pencetakan, penebukan, dan penyusunan dokumen.

Pelatih juga diberi akan diberi pendedahan dalam pengendalian kakitangan pentadbiran yang melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet, dan urusan mesyuarat di pejabat. Akhirnya, pelatih juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi, dan pengurusan barang yang masuk dan keluar serta mencatat aktiviti kaunter hadapan.

Kursus ini menjadikan pelatih kompeten dalam mengendalikan tugasan serta dokumen pentadbiran di sesebuah syarikat atau pejabat.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Kerani Pejabat, Setiausaha, Kerani pentadbiran, Kerani Akaun vs pentadbiran, Front Office Admin

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KRITERIA ASAS
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
02
Kriteria Utama
PENDIDIKAN
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
03
Kriteria Utama
HAD UMUR
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40

DAN
04
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES
Alamat
COMPLEX 1, 7465-7470
JALAN BBN 1/1A, PUTRA POINT 1
71800 BANDAR BARU NILAI
NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
MOHD FARID BIN ABU BAKAR
Telefon
06-8500688
Emel
norazura@gis.edu.my
Laman Web
https://gis.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;