Kursus TVET

Certified SOC Analyst

MCU-1-11

Pengenalan Kursus

Kursus Certified SOC Analyst memberi tumpuan kepada pengurusan keselamatan siber dalam organisasi. Pelatih akan mempelajari konsep asas SOC, ancaman siber, kaedah serangan, dan cara mengenal pasti indikator ancaman (IoCs). Kursus ini juga merangkumi penggunaan sistem Pengurusan Maklumat Keselamatan dan Peristiwa (SIEM) untuk pengesanan insiden serta peranan perisikan ancaman dalam meningkatkan keselamatan.

Selain itu, kursus ini menyediakan panduan untuk tindak balas insiden, termasuk langkah menangani serangan pada rangkaian, aplikasi, dan insiden dalaman. Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh kemahiran penting dalam menjalankan SOC secara berkesan untuk melindungi keselamatan maklumat organisasi.

Di akhir kursus ini, pelatih akan menguasai kemahiran:
1. Memahami konsep dan peranan asas SOC dalam keselamatan siber organisasi.
2. Mengenalpasti dan menganalisis ancaman siber serta indikator ancaman (IoCs).
3. Mengaplikasikan sistem Pengurusan Maklumat Keselamatan dan Peristiwa (SIEM) untuk pengesanan dan pemantauan insiden keselamatan.
4. Menggunakan perisikan ancaman (Threat Intelligence) bagi memperkukuhkan keupayaan pengesanan insiden.
5. Melaksanakan tindak balas terhadap insiden keselamatan dengan langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi rangkaian, dan data organisasi.
6. Membangunkan kemahiran dalam mengurus dan mengendalikan SOC secara efektif bagi memastikan keselamatan maklumat organisasi terjamin.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Mengikut keperluan industri semasa antaranya adalah: - Penganalisis Keselamatan Siber - Pengurus Pusat Operasi Keselamatan (SOC Manager) - Pakar Pengesanan dan Tindak Balas Insiden (Incident Responder) - Pakar Perisikan Ancaman (Threat Intelligence Analyst) - Jurutera SIEM (SIEM Engineer) - Pakar Forensik Digital - Perunding Keselamatan Siber (Cybersecurity Consultant)

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LANGAT
Alamat
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KUALA LANGAT
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD
42700 BANTING, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Emilia Binti Omar
Telefon
03-31204600/ 4583
Emel
bpplilpklsgroup@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpkls.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;