Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI FESYEN KREATIF

DCF

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Fesyen Kreatif direka khas untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, malah berpengetahuan luas dalam aspek teknikal, teknologi serta budaya dalam industri fesyen tempatan dan global. Program ini memberi penekanan kepada penerokaan idea-idea kreatif, penguasaan kemahiran teknikal, serta penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan penghasilan pakaian.

Sepanjang LIMA semester pengajian di institusi dan satu semester latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis kursus yang merangkumi himpunan pengetahuan yang terbahagi kepada kajian rekaan (design study), lukisan & ilustrasi fesyen (drawing & illustration), penghasilan pola dan pakaian (pattern & garment construction), kajian tekstil (textile study), serta teknologi yang berkaitan industri fesyen.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan akan berpeluang menceburi peluang pekerjaan sebagai :
1. Pembuat pola (pattern maker)
2. Pembuat sampel (sample maker)
3. Pemotong fabrik (cutter)
4. Pereka Fesyen
5. Usahawan
6. Tukang jahit
7. Visual Merchandiser
8. Penata Gaya (Stylist)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Pilihan 1
Warganegara Malaysia Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Memiliki SPM atau setaraf / Memiliki STPM yang setaraf
Syarat Pilihan 1
Lulus SPM dengan mendapat TIGA (3) Kepujian dalam mana mana mata pelajaran
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E
ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus STPM dengan minimum gred C dalam mana-mana subjek
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
910 Bahasa Melayu Wajib C
DAN
03
Kriteria Utama
Kriteria Lain
Syarat Pilihan 1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)
ATAU
Syarat Pilihan 2

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Alamat
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ALIAS BIN MUHAMMAD NOR
Telefon
04-5991100
Emel
perdatech@perda.gov.my
Laman Web
www.perda-tech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PROGRAM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PENUH DARI MQA

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
 Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
 Insuran Berkelompok
;