Kursus TVET

PENGURUSAN PENTADBIRAN

FB-025-4:2012;-

INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA , SABAH

Pengenalan Kursus

Program Pengurusan Pentadbiran Tahap 4 (FB-025-4:2012) adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Pengurusan Pentadbiran memfokuskan kepada perkhidmatan pengurusan pentadbiran di dalam sesebuah organisasi. Kursus ini melatih pelatih melaksanakan tugas-tugas sokongan pentadbiran yang lebih sukar dan kompleks yang melibatkan pengetahuan menyeluruh tentang dasar dan prosedur untuk bidang fungsi mereka.

Pelatih dilatih dalam pengurusan pembangunan staff pentadbiran seperti melaksanakan pelan latihan organisasi, menyelaras dan menjalankan latihan dan keberkesanan latihan, sesi kaunseling dan motivasi dan membangunkan pelan penggantian jabatan. Pelatih juga didedahkan kepada mengurus inventori pejabat, pengurusan aset dan kemudahan pejabat. Pelatih dilatih untuk memastikan aktiviti kerja harian dan keputusan dibuat mengikut polisi pejabat. Selain itu, pelatih didedahkan dan dilatih agar boleh memimpin dan mengatur projek khas pejabat yang melibatkan konsep dan tema acara/projek , pembentukan jawatankuasa, perancangan bajet, penajaan, jemputan merangka program sehinggalah kepada pengaturan logistik dan keselamatan. Pelatih juga dilatih untuk merancang, menjalankan dan menyemak sesi penilaian prestasi staf dan mengesyorkan pencapaian dan peningkatan prestasi staf. Akhir sekali, pelatih didedahkan kepada pentadbiran am sumber manusia (HR), di mana pelatih boleh mengenalpasti keperluan, melaksanakan, menilai dan melaporkan pentadbiran am HR.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Kerani Am / Kerani Akaun / Kerani Sumber Manusia, Setiausaha / Pembantu Tadbir, Pegawai Pentadbiran, Eksekutif Pentadbiran / Eksekutif Operasi, Pegawai Sumber Manusia, Penolong Pengurus / Pengurus Operasi dan Penyelia Pejabat

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus Subjek SPM berikut:

1. Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 3
Lulus Subjek SPM berikut:
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
ATAU
Syarat Pilihan 4
Lulus Subjek SVM berikut:
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 0.00
PNG Vokasional : 0.00
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
ATAU
Syarat Pilihan 5
Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang program Pentadbiran Pejabat atau Setiausaha Korporat Eksekutif.
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun Bulanan sebanyak RM250/sebulan diberikan kepada pelatih

Kemudahan asrama disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan makan/minum disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan pakaian seragam disediakan secara percuma kepada pelatih

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;