Kursus TVET

PENGURUSAN TEKNOLOGI KIMPALAN

MC-024-4:2012;DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 4 - PENGURUSAN TEKNOLOGI KIMPALAN

INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA , SABAH

Pengenalan Kursus

Program Pengurusan Teknologi Kimpalan Tahap 4 merupakan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran lanjutan dalam pengurusan aktiviti kimpalan, teknologi kimpalan, metalurgi, kawalan kualiti, pemeriksaan kimpalan serta penyeliaan operasi pengeluaran. Program ini melahirkan tenaga mahir yang berkeupayaan merancang, menyelaras dan memantau kerja-kerja kimpalan mengikut prosedur, kod, piawaian dan keperluan industri. Pelatih turut didedahkan kepada aspek pengurusan sumber, keselamatan pekerjaan dan jaminan kualiti bagi memastikan proses kimpalan dilaksanakan secara cekap, selamat dan memenuhi standard industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang menceburi kerjaya sebagai:

1. Penyelia Kimpalan (Welding Supervisor)
2. Penyelaras Kimpalan (Welding Coordinator)
3. Pegawai Kawalan Kualiti Kimpalan (Welding Quality Control Officer)
4. Pegawai Pemeriksaan Kimpalan (Welding Inspector)
5. Juruteknologi Kimpalan
6. Penyelia Fabrikasi Logam
7. Perancang Pengeluaran Fabrikasi dan Kimpalan
8. Eksekutif Projek Fabrikasi dan Kimpalan
9. Usahawan dalam bidang fabrikasi dan kimpalan

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Kelayakan akademik pemohon adalah;

PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI [C259-008-3:2022] Atau

Pemeriksaan Kimpalan [MC-060-3:2012] Atau

Juruteknik Kimpalan Logam Tanpa Ferus [H-021-3] Atau

Proses Gabungan Kimpalan Arka Gas Tungsten & Kepingan Logam [MC-028-3:2014] Atau

Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012] Atau

Pemeriksa Kimpalan Kanan [H-060-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai(Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-024-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Terbenam (Keluli Karbon) [H-029-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Logam Gas (Kululi Karbon, Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-027-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Gas [H-022-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-025-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas & Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-026-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Berteraskan Fluks (Keluli Karbon) [H-028-3] Atau

Pengawal Kualiti Fabrikasi (SME) [MC-073-3] Atau

OPERASI TEKNOLOGI KIMPALAN ARKA [C259-008-3:2025]

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon juga perlu:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
LAIN-LAIN SYARAT
Syarat Wajib
Lain-lain syarat yang diperlukan adalah;
1. 1. Bumiputera Sabah

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kemudahan yang disediakan:

1. Asrama
2. Elaun Bulanan
3. Makan dan Minum
4. Pakaian Seragam

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;