
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Selenggaraan Motosikal ini direka khas untuk memberi pengetahuan asas serta kemahiran praktikal dalam penyelenggaraan dan pembaikan motosikal. Dengan pertambahan pesat penggunaan motosikal sebagai pengangkutan utama di Malaysia, keperluan terhadap juruteknik yang mahir dan bertauliah semakin meningkat.
Kursus ini merangkumi aspek pemeriksaan, servis berkala, penggantian komponen asas, sistem enjin, sistem brek, sistem elektrik serta prosedur diagnosis kerosakan. Peserta juga akan didedahkan kepada penggunaan alat tangan dan peralatan bengkel yang betul serta amalan kerja yang selamat dan cekap.
Melalui latihan teori dan amali yang seimbang, peserta akan memperoleh kemahiran asas yang membolehkan mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan motosikal secara berkesan, sama ada di bengkel sendiri atau sebagai sebahagian daripada pasukan teknikal industri automotif dua roda.
Maklumat Latihan TVET
Pembantu teknikal di bengkel motosikal
Usahawan bengkel servis motosikal
Pekerja servis di pusat jualan & penyelenggaraan motosikal
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pekerja GIG (e-hailing & p-hailing)
Masa: 40 jam
Umur: 18 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar dan mempunyai ID pengendali e-hailing / p-hailing