Kursus TVET

SERVIS KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI

MCU-2-13

Pengenalan Kursus

Kursus ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini. Kemudahan yang disediakan adalah seperti bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan latihan dan mesin yang canggih seperti “pneumatic” dan “hydraulic trainer” dari jenama Festo, “ Programmable Logic Controller” dari Omron, “robotic” dari KUKA , “Modular Production Systems (MPS)” dari Power Air, peralatan pengujian elektrik dan elektronik dan lain-lain.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
0 Bulan
Prospek Kerjaya
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik kanan dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.

Syarat Kelayakan

1. boleh membaca,menulis dan mengira

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MARANG
Alamat
KAMPUNG BUKIT PARIT,
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
Ts. ZAHARI BIN JUSOH
Telefon
09-6189000
Emel
info_ilpmrg@jtm.gov.my
Laman Web
https://www.ilpmrg.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun sara diri diberi sebanyak RM100/bulan, makan minum dan hostel penginapan disediakan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;