Kursus TVET

AUTOMASI PERTANIAN

MWA-2-113

ADTEC JTM KAMPUS KANGAR (ILP KANGAR) , PERLIS

Pengenalan Kursus

Fokus utama kursus ini adalah kepada pengendalian Sistem IoT Smart Farming yang merangkumi pendawaian elektrik, pemasangan paip fertigasi serta pembinaan dan konfigurasi rangkaian Sistem IoT. Pelajar akan dilatih untuk mengintegrasikan sensor, pengawal (controller), aktuator dan sistem komunikasi bagi membolehkan kawalan automatik terhadap parameter pertanian seperti kelembapan tanah, suhu, kelembapan udara dan bekalan air baja.
Melalui aktiviti amali di bengkel mekatronik, pelajar akan menggunakan mesin dan peralatan berkaitan seperti panel kawalan, power supply, modul mikropengawal, sensor pertanian, pam air, injap solenoid serta peralatan pendawaian dan pemasangan paip fertigasi. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) akan diaplikasikan bagi membolehkan pelajar membina, menguji dan menyelenggara sistem IoT Smart Farming secara hands-on dan berasaskan situasi sebenar industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebgaainya

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Calon mestilah seorang warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Had umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KANGAR (ILP KANGAR)
Alamat
PADANG BEHOR, MUKIM SENA
01000 KANGAR
PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
MOHD SHAFRIZAL BIN SHAFIAI @ SHAFII
Telefon
04-9777400
Emel
info@ilpkangar.gov.my
Laman Web
http://www.ilpkangar.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melalui latihan amali di bengkel mekatronik, pelajar akan menggunakan mesin dan peralatan berkaitan seperti sistem kawalan, sensor, pam dan injap untuk membina dan menguji sistem pertanian pintar. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja TVET yang berkemahiran dan bersedia menghadapi keperluan industri pertanian moden.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;