Kursus TVET

DIPLOMA OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN PERSIJILAN (SKM TAHAP 3 + DKM TAHAP 4) + CAAM PART 66 AIRCRAFT MAINTENANCE LICENSE (AML) DALAM OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN PERSIJILAN OLEH MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB)

MAB ACADEMY , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Malaysia dalam Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Persijilan kami direka untuk melengkapkan bakal juruteknik/ jurutera dengan pengetahuan asas dan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri penerbangan. Program komprehensif ini merangkumi 3,600 jam termasuk latihan teori dan praktikal yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), bagi memastikan pematuhan kepada piawaian serta peraturan industri.

Sepanjang program ini, pelatih akan melalui 2 program JPK iaitu:
(i) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
TP-060-3:2013 Operasi Penyelenggaraan Pesawat (Tidak Dipersijilkan)

(ii) Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4
TP-060-4:2013 Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Persijilan


Menjelang akhir program ini, pelatih yang berjaya akan:

(i) Dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 oleh JPK
Pensijilan ini merupakan kelayakan pada peringkat sijil yang membolehkan individu melaksanakan tugas Operasi Penyelenggaraan Pesawat.

Kelayakan ini membuka peluang kepada jawatan yang lebih tinggi dalam syarikat penerbangan, organisasi penyelenggaraan, dan syarikat penerbangan global, menyediakan laluan kerjaya profesional dalam sektor penerbangan antarabangsa.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang bekerja di syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa khususnya dalam sektor perkhidmatan penyelengaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat. Antaranya adalah:

1. Jurutera / Juruteknik / Pembantu Penyelenggaraan Pesawat
- Bertugas sebagai jurutera / juruteknik berlesen / pembantu kepada jurutera / juruteknik berlesen dalam kerja-kerja asas penyelenggaraan pesawat di syarikat penerbangan atau organisasi penyelenggaraan pesawat (MRO).

2. Peluang Melanjutkan Pengajian atau Mendapatkan Sijil Tambahan
- Pemegang diploma ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang penerbangan atau mengikuti kursus pensijilan seperti:
(i) Lesen Jurutera / Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (CAAM).
(ii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) 5 dalam bidang penyelenggaraan pesawat.
(ii) Kursus Type Rating bagi pesawat yang tertentu.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Lain-lain Syarat Fizikal
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Akademik
Syarat Pilihan 1
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib D
1119 BAHASA INGGERIS Wajib C
1449 MATEMATIK Wajib D
1511 SAINS Pilihan Sains & Teknikal D
4531 FIZIK Pilihan Sains & Teknikal D

Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 1

ATAU
Syarat Pilihan 2
Memiliki MATRIKULASI / ASASI / FOUNDATION / DPLOMA atau yang setaraf dengannya.

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf. Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran yang termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik / Sains. Dari Dari mana-mana Institusi Pengajian Diploma/Sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Minimum CGPA : 2.00

ATAU
Syarat Pilihan 3
Memiliki STPM atau yang setaraf dengannya.
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
910 Bahasa Melayu Pilihan D+
900 Pengajian Am Pilihan D+
950 Mathematics (M) Wajib D
960 Physics Wajib D
920 Literature in English Wajib C-
ATAU
Syarat Pilihan 4
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

1. Wajib mendapat gred minimum D bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : D

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1449 MATEMATIK

2. Wajib Kredit Bahasa Inggeris

Wajib kredit Bahasa Inggeris

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1119 BAHASA INGGERIS

3. Mendapat minimum Gred D bagi mana-mana subjek sains & teknikal berikut:-

Sains dan Teknikal

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : D

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
4531 FIZIK

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MAB ACADEMY
Alamat
MAB Academy
1ST FLOOR, ADMINISTRATION BUILDING, SOUTHERN SUPPORT ZONE, KLIA
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Mohd Haizal Abdul Rahim
Telefon
03-87773112
Emel
mohdhaizal.abdulrahim@malaysiaairlines.com
Laman Web
www.malaysiaairlines.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
✈️ Menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia sehingga Diploma Lanjutan Kementerian Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)​
✈️ Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / tajaan lain-lain untuk calon yang layak​
✈️ Pembiayaan Yuran Latihan dan Elaun Sara Hidup disediakan oleh PTPK
✈️ Berpeluang untuk mendapat pelesenan profesional dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)​
✈️ Program latihan sepenuh masa​
✈️ Latihan di tempat kerja (OJT) bersama jurutera berpengalaman​ di pesawat kendalian Malaysia Airlines
✈️ Peluang penempatan pekerjaan​ di Malaysia Airlines Berhad dan lain-lain syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;