PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA
F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;F432-005-3:2019 & F432-005-2:2019 (THREE PHASE INSTALLATION MAINTENANCE & SINGLE PHASE INSTALLATION MAINTENANCE)
Pengenalan Kursus
Kursus ini adalah kursus yang berkaitan dengan penyelenggaraan sistem elektrik, dengan fokus kepada pemasangan dan penyelenggaraan litar elektrik bagi sistem tiga fasa dan satu fasa.
Di Tahap 2 bagi kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan prinsip asas sistem elektrik satu fasa dan komponen asas seperti kabel, pemutus litar, dan soket. Pelajar juga akan mempelajari kaedah penyelenggaraan untuk memastikan sistem elektrik berfungsi dengan baik, termasuk pemeriksaan rutin dan penggantian komponen yang rosak. Pembelajaran seperti prosedur pengujian untuk sistem satu fasa bagi memastikan sistem memenuhi standard keselamatan dan prestasi yang ditetapkan akan diterapkan. Selain itu, pembelajaran seperti keselamatan elektrik dan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kejutan elektrik atau kebakaran.
Manakala, di Tahap 3 pelajar akan mempelajari perkara seperti sistem elektrik tiga fasa, termasuk teori asas voltan, arus, dan hubungan antara fasa dan juga peralatan dan sistem yang digunakan dalam pemasangan tiga fasa seperti panel pembahagi, pemutus litar, transformer, dan sebagainya. Pelajar juga akan didedahkan kepada kaedah penyelenggaraan bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik dan selamat, termasuk memeriksa kebocoran, kebakaran, dan kecekapan peralatan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
UMUR
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
WARGANEGARA
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
- Pinjaman sara diri juga disediakan oleh pihak PTPK.
- Penginapan pelajar juga disediakan oleh pihak kolej dengan bayaran RM 200.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.