LATIHAN TENAGA PENGAJAR
NCS-004:2017;LATIHAN TENAGA PENGAJAR
Pengenalan Kursus
Tenaga Pengajar/Jurulatih/Penceramah dalam pelbagai organisasi seperti syarikat, kilang,
pembuatan, universiti/kolej, organisasi perkhidmatan dan perkhidmatan awam. Mereka adalah
bertanggungjawab untuk menentukan keperluan latihan organisasi/bakal peserta mereka,
membentuk kursus latihan yang sesuai untuk mereka. Mereka perlu mengimbangi antara
aplikasi teori dan praktikal dan diharapkan dapat menerapkan etika dan keselamatan yang tinggi
mengamalkan prinsip persekitaran hijau.
Disamping itu, mereka juga membangunkan dan menyampaikan kandungan/kurikulum latihan
dan membuat penilaian ke atas latihan untuk memastikan pulangan yang berbaloi terhadap pelaburan latihan yang diberikan oleh syarikat. Latihan ini boleh berlaku di tempat kerja sama ada di dalam bilik darjah, bengkel, makmal atau di
tapak yang diperuntukkan seperti pusat latihan atau tempat luar. Jadi Tenaga Pengajar/Jurulatih/Penceramah sepatutnya melengkapkan peserta dengan kecekapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
HAD UMUR
Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 65
SYARAT TAMBAHAN
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
SYARAT TAMBAHAN
WARGANEGARA
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Laluan Pengiktirafan Profesional:
1.1 INCEPT membantu peserta kaedah mendapatkan TTT Exemption HRDC hingga TTT Accredited HRDC
1.2 Laluan kerjaya sebagai Pegawai Penilai (Tenaga Pengajar) Program Modular di Institusi TVET
1.3 Laluan kerjaya sebagai Pegawai Pengesah Luaran (External Auditor) di bawah JPK untuk mentauliahkan program dan pelajar di Institusi TVET
2. Pembelajaran Praktikal & Interaktif
2.1 Kaedah Pembelajaran yang hands-on, simulasi latihan dan latihan penyampaian sebenar bagi membantu peserta membina keyakinan sebagai trainer.
3. Dibimbing Oleh Trainer Berpengalaman
3.1 Peserta mendapat bimbingan daripada trainer yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi dan industri TVET.
4. Meningkatkan Peluang Kerjaya & Networking
4.1 Program ini membantu peserta membuka peluang sebagai trainer korporat, instructor, coach atau freelance trainer, di samping membina rangkaian profesional dalam industri latihan dengan Platform ALUMNI INCEPT.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.