Kursus TVET

DIPLOMA PENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN

A031-001-4:2017

KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT , PERAK

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam pengurusan vesel yang terlibat dalam industri perikanan, khususnya dalam operasi penangkapan ikan. Para peserta akan dilatih untuk menguruskan pelbagai aspek pengoperasian vesel, termasuk perancangan, keselamatan, pengurusan bekalan, dan operasi penangkapan ikan. Objektif kursus adalah:
1) Melahirkan pengurus vesel yang mahir dan berpengetahuan dalam operasi harian vesel penangkapan ikan;
2) Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan operasi penangkapan ikan secara efisien dan selamat;
3) Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan sumber, keselamatan, dan pengendalian risiko.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Pengurus Vesel Penangkapan Ikan,
2. Ketua Krew Vesel,
3. Penyelia Operasi Penangkapan Ikan,
4. Perunding Pengurusan Vesel, Penyelaras Logistik dan Bekalan Perikanan,
5. Pegawai Keselamatan dan Sekuriti Maritim,
6. Pembantu Penyelidik atau Penasihat dalam Pengurusan Sumber Perikanan,
7. Pengusaha atau Pengurus Industri Perikanan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Memiliki Salah Satu (1) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seperti Berikut :

OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN [A031-002-3:2022] Atau

Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan [AF-020-3:2015] Atau

Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan Pesisir [AF-020-3]

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah Berumur

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT
Alamat
Negeri
PERAK
Penyelaras
NOR FADILAH BINTI JALALI
Telefon
056906000
Emel
kpml@dof.gov.my
Laman Web
www.kpkm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja oleh Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Yuran Pendaftaran : RM 330.00
**Perubahan jumlah yuran pendaftaran bergantung kepada bidang

Elaun :
a) RM 250 sebulan dibayar sepanjang menjalani Latihan Kemahiran di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
b) RM 300 sebulan dibayar semasa menjalani Latihan Industri (LI) selama 4 bulan.

Penginapan Disediakan Secara Percuma
- pelatih diwajibkan tinggal di asrama Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Makan dan Minum Disediakan Secara Percuma
- makanan disediakan 4 kali sehari

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;