SIJIL PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR
A032-006-3:2022,A032-006-2:2022;-
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan Operasi Akuakultur Air Tawar merupakan program kemahiran yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih dalam melaksanakan pengurusan operasi penternakan ikan air tawar secara terancang, sistematik dan mengikut amalan kerja yang ditetapkan.
Sepanjang mengikuti program ini, pelatih akan mempelajari pelbagai aspek operasi ladang akuakultur merangkumi pengurusan prasarana dan penyelenggaraan ladang, persediaan tempat ternakan, pelaksanaan biosekuriti, pengurusan pemakanan, pengurusan penyakit ternakan, pengurusan kualiti air dan operasi penuaian hasil.
Pelatih turut didedahkan kepada pengurusan kesihatan ternakan, penyeliaan operasi pekerja, kawalan inventori stok ladang, rekod dan dokumentasi serta fungsi pentadbiran ladang.
Pendekatan pembelajaran menggabungkan pengetahuan teori dengan latihan amali bagi membolehkan pelatih mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi operasi ladang sebenar. Program ini sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya dan kemahiran dalam industri penternakan akuakultur air tawar, khususnya dalam bidang operasi dan penyeliaan ladang.
Maklumat Latihan TVET
Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi termasuklah Penyelia Operasi Akuakultur, Juruteknik Akuakultur, Usahawan Produk Hiliran dan Tenaga Pengajar Akuakultur. Selain itu, pelatih juga berpeluang menceburi bidang keusahawanan dalam industri penternakan akuakultur air tawar dengan mengusahakan perniagaan seperti pembekal benih ikan air tawar e.g keli & tilapia, peralatan akuakultur dan mengusahakan sendiri ternakan akuakultur air tawar.
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
SYARAT TAMBAHAN
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Elaun sara diri diberi sebanyak RM250.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.