PROFESSIONAL DOCUMENT STRUCTURING
MWA-1-111
Pengenalan Kursus
Kursus Penyusunan Dokumen Profesional memberi penekanan kepada kemahiran menyusun dan menghasilkan dokumen rasmi dengan teratur, kemas dan mengikut standard profesional di tempat kerja. Peserta akan mempelajari cara menyediakan dokumen seperti surat rasmi, laporan, memo, minit mesyuarat dan fail pentadbiran dengan struktur yang jelas serta bahasa yang tepat.
Latihan ini juga memberi tumpuan kepada teknik penyuntingan, pemformatan, serta pengurusan dokumen secara manual dan digital bagi memastikan kecekapan serta ketepatan maklumat dalam urusan pejabat.
Melalui kursus ini, peserta akan dapat:
a) Menghasilkan dokumen yang teratur dan profesional;
b)Menyusun maklumat mengikut format rasmi organisasi;
c)Menguasai penggunaan bahasa dan gaya penulisan yang sesuai;
d)Mengurus dan menyimpan dokumen secara sistematik.
Kursus ini sesuai untuk pegawai pentadbiran, setiausaha, pembantu tadbir, dan individu yang ingin meningkatkan kecekapan dalam penyediaan serta pengurusan dokumen profesional.
Maklumat Latihan TVET
2. Pembantu Tadbir / Pegawai Tadbir
3. Pegawai Sumber Manusia (HR Officer)
4. Eksekutif Pejabat / Office Executive
5. Kerani Pentadbiran / Administrative Clerk
6. Penyelia Dokumen / Document Controller
7. Pegawai Komunikasi Korporat / Corporate Communication Officer
Syarat Kelayakan
Boleh Membaca, Mengira & Menulis
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.