PENDAWAIAN ELEKTRIK
MCU-1-11
Pengenalan Kursus
Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa adalah program latihan asas yang memperkenalkan peserta kepada sistem pendawaian elektrik di kediaman atau premis kecil yang menggunakan bekalan elektrik satu fasa. Kursus ini merangkumi pemahaman teori asas elektrik, penggunaan peralatan tangan dan keselamatan, serta latihan amali dalam pemasangan, penyambungan, dan pengujian litar elektrik mengikut piawaian yang ditetapkan.
Tujuannya adalah untuk melahirkan individu yang mahir dan berpengetahuan dalam kerja-kerja pendawaian asas serta bersedia untuk mengikuti latihan lanjut atau menceburi bidang kerja berkaitan elektrik.
PELUANG KERJA YANG LUAS
- Kemahiran dalam pendawaian elektrik membuka peluang pekerjaan dalam industri pembinaan, penyelenggaraan dan perkhidmatan teknikal.
PENDAPATAN YANG STABIL
- Bidang pendawaian elektrik memberi peluang pendapatan yang baik kepada mereka yang mahir dan berpengalaman.
KESEDARAN KESELAMATAN
- Pelajar akan belajar mengenai prosedur keselamatan elektrik, mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan pemadangan elektrik dilakukan dengan selamat.
Maklumat Latihan TVET
Juruelektrik pendawaian rumah & premis kecil
Pembantu juruteknik elektrik
Kontraktor elektrik (dengan sijil tambahan & lesen ST)
Penyelenggara sistem elektrik di bangunan atau kilang
Usahawan dalam bidang elektrik
Dengan pengalaman dan pensijilan lanjut, prospek kerjaya boleh berkembang ke tahap profesional dan pengurusan projek.
Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia – Pemohon mestilah rakyat Malaysia. 2. Umur – 16 tahun ke 35. Pendidikan – Minimum PMR/PT3 atau setaraf atau tiada pendidikan formal
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.