INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SYSTEMS ASSEMBLY
MC-091-3:2016
Pengenalan Kursus
Program ini direka untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang pemasangan, penyelenggaraan dan servis sistem automasi industri. Pelatih akan didedahkan kepada komponen utama sistem automasi seperti PLC, sensor, aktuator, panel kawalan, sistem pneumatik & hidraulik, serta penggunaan peralatan dan teknologi moden yang selari dengan keperluan industri 4.0.
Latihan berasaskan amali (hands-on) memberi fokus kepada kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, keselamatan industri dan pemahaman lukisan teknikal, bagi membolehkan pelatih menjalankan kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistem automasi secara cekap dan profesional.
Program ini memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor pembuatan, loji proses, logistik dan industri pintar yang semakin berkembang.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh pendaftaran, mempunyai asas membaca, menulis dan mengira (3M), Serta minat dalam bidang kejuruteraan automasi industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Elaun sara diri diberi sebanyak Rm400 / 600 /800 / Bulan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.