Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI PENGURUSAN DAN REKABENTUK PENYAMANAN UDARA

S06

TVETMARA BESERI (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI) , PERLIS

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Pengurusan dan Rekabentuk Penyamanan Udara direka untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam aspek rekabentuk, pengurusan,
pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara (HVAC) selaras dengan keperluan industri semasa dan teknologi terkini. Program ini menekankan
pembangunan kemahiran teknikal, pengurusan serta profesionalisme bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan.​ Tempoh pengajian adalah
selama 1.5 tahun, merangkumi 14 bulan pengajian berstruktur dan 4 bulan latihan industri. Komponen pembelajaran merangkumi asas sistem HVAC, rekabentuk dan
lukisan teknikal, pengiraan beban haba, pengurusan projek, kecekapan tenaga, pematuhan piawaian keselamatan serta penyelenggaraan sistem. ​ Pendekatan pembelajaran adalah berasaskan teori dan amali dengan penekanan kepada aplikasi industri sebenar.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya program ini sangat luas meliputi sektor pembinaan, perindustrian, komersial dan perkhidmatan teknikal, sama ada di pasaran tempatan mahupun
antarabangsa. Permintaan terhadap tenaga mahir HVAC yang kompeten terus meningkat sejajar dengan pembangunan infrastruktur, kecekapan tenaga dan teknologi hijau.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara Malaysia (Wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera (Wajib)
Syarat Wajib
Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
Syarat Wajib
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan (HVAC&R) [F432-008-3:2021] Atau

Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik & Komersial [ME-022-3:2014] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) [F432-007-3:2020]

DAN
04
Kriteria Utama
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
Syarat Wajib
Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45

DAN
05
Kriteria Utama
Tahap Kesihatan
Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
Syarat Wajib
Sihat tubuh badan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA BESERI (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI)
Alamat
KM 14, JALAN KAKI BUKIT,
02400 BESERI,
PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
'AINAA' QATRUNNADA SYIFAA' BINTI ALIAS
Telefon
04 - 938 4021
Emel
sysadmin@ikmbeseri.edu.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Graduan Diploma Teknologi Pengurusan dan Rekabentuk Penyamanan Udara (DLKM 5) yang memenuhi syarat kelayakan boleh melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan HVAC dan Kejuruteraan Mekanikal. Graduan juga berpeluang menyambung ke Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal melalui laluan bridging atau APEL, tertakluk kepada keperluan institusi. Selain itu, graduan boleh meningkatkan kerjaya melalui pensijilan profesional industri.
;