Kursus TVET

PEMASANGAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ELEKTRONIK

C264-001-2:2025;Pemasangan Peralatan dan Perkakasan Elektronik

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN INFOGENIUS (INFOGENIUS SKILLS TRAINING CENTRE) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk membangunkan kemahiran asas pelatih dalam bidang pemasangan sub-sistem industri (Industrial Sub-System Assembly). Kursus ini melibatkan gabungan pengetahuan teori, latihan praktikal, dan pendedahan kepada amalan kerja sebenar industri supaya pelatih mampu bekerja secara cekap, selamat, dan mengikut standard piawaian. Sepanjang kursus ini, pelatih akan melalui empat Unit Kompetensi (CU) yang disusun secara progresif: CU01 – Menyediakan Keperluan Pemasangan Sub-Sistem (Pelatih akan belajar bagaimana mengenalpasti dokumen rujukan, lukisan pemasangan, senarai bahan (BOM), serta memilih alat dan peralatan yang diperlukan). CU02 – Melaksanakan Pemasangan Sub-Sistem (Pelatih akan mempraktikkan pemasangan modul dan komponen mengikut lukisan teknikal, mematuhi prosedur kerja, dan memastikan kualiti serta keselamatan semasa pemasangan). CU03 – Mengujikan Pemasangan Sub-Sistem (Pelatih akan menjalankan ujian fungsi, membuat pelarasan, troubleshooting, dan mengesahkan pemasangan berfungsi mengikut spesifikasi). CU04 – Menyediakan Dokumentasi Pemasangan (Pelatih akan menyediakan laporan, borang pengesahan, senarai semakan, dan dokumentasi sokongan yang lengkap dan kemas untuk tujuan rekod)

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
1 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Operater Industri 2.Usahawan (secara bergerak ataupun mempunyai premis kedai)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
pemohon :-

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Had Umur Pemohon :-

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Syarat Kewarganegaraan :-
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Umum
Syarat Wajib
Syarat Am :-
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN INFOGENIUS (INFOGENIUS SKILLS TRAINING CENTRE)
Alamat
55C-02-03 JALAN SUNGAI DUA
11700 GELUGOR
PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
JUNAIDA BINTI LAUPE
Telefon
016-4945613
Emel
mkchin@infogenius.com.my
Laman Web
www.infogenius.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PERSIJILAN
1) Sijil Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
2) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

KAEDAH PENILAIAN
1) 70% Praktikal, 30% Rangka kerja pendidikan Teori.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;